MY B2ST ALMIGHTY!

MY B2ST ALMIGHTY!
FUTURE MUSIC LEGEND!

Friday, April 30, 2010

Anime list!

hari ni takde apa2 yg istimewa pun..sorilah ye!so aku cuma nak cite tentang anime yg aku suka tgk.kat sini aku letak gambar2 anime..aku syorkan krg tgklah cite2 ni kalau bosan kat youtube..best tau!!memang kadang2 nama anime tu tak sedap..tapi belum tengok belum tahu.
ni cite bleach.krg semua mesti dah tahu sbb cite ni popular kat seluruh dunia.aku masih dalam proses nak tengok cite ni sampai habis.aku ada game dia tau!siapa nak main dtg la rmh aku!
cardcaptor sakura:)


detective conan:)anime yg paling aku suka!



aishiteruze baby!


b-daman:)fighto!!


digimon:)!!



colourcloud palace...



fullmetal alchemist brotherhood..aku suka gak cerita ni!setiap malam jumaat atau sabtu aku tengok kat animax!


ni cite hakuouki.cite baru ni!dia lebih kurang mcm cite bleach la..tapi lain sebenarnya.mmg best!aku syorkan krg tgk cite ni..

ni gundam 00..salah satu anime yg aku suka!ni pasal kumpulan celestial being yg ditubuhkan untuk kembalikan keamanan dunia.tapi seluruh dunia salah anggap tentang diorang.celestial being ni secara tak rasminya sertai peperangan antara manusia.alah,contoh mcm peperangan israel ngan palestin tu!(tapi peperangan israel-palestin tu diorang tak inteferelah!).pastu terjadilah peperangan mobile suit antara celestial being dengan org2 yg cuba mewujudkan peperangan dan menguasai dunia.ni bukan peperangan sembarangan tau!agak-agaknya berjaya tak diorang kembalikan keamanan dunia?



k-on!hottest girl band in japan!!diorang punya muzik"please don't say lazy"dah dijual copynya sebanyak 150,000!!


la corda d'oro:)aku masih tgh tengok cite ni...best la jugak cite dia.


kaichou wa maid sama atau nama pendek dia maid sama.cite ni pun best gak.kalau nak tengok,watch at animax!ni pasal presiden sekolah tinggi seika yg bencikan lelaki.dia mmg slalu marah2 kat pelajar lelaki dan selalu bela perempuan.dia nampak bertanggungjawab dan berkarisma.tapi sebenarnya dia ada rahsia sendiri.dia kerja kat maid cafe!usui takumi,lelaki paling popular kat sklh tinggi seika tahu rahsia dia.mcm mana kehidupan si presiden lepas tu agaknya?


pichi pichi voice live start!tu tagline mermaid sebelum menyanyi.ni cite pichi pichi pitch mermaid melody.ni kisah pasal mermaid princess.ada tujuh mermaid princess semuanya.
diorang tingal kat utara dan selatan lautan atlantik,laut antik,lautan hindi dan banyak lagilah!aku tak ingat diorang tinggal kat mana...so,tgk jelah ye!ada mermaid pink,hijau,aqua,biru,kuning,oren and purple.cun2 semuanya.suara merdu plak tu!


negima!hanya di ntv7!


prince of tennis or fans panggil cite ni POT.cite ni seronok tau!cite ni pasal sorang pemain tenis yg terrer main tennis.nama dia echizen ryoma.dia terkenal kat amerika tapi tak terkenal kat jepun.dia bersklh kat sklh seigaku di jepun dan jadi pemain regular untuk mewakili sklh dlm permainan tenis..bapa dia,echizen nanjiroh seorang pro tenis.takde sapa yg dapat tandingi anak-beranak ni.present la pemain yg kuat ke,yg suka main tipu ke or sapa2 je la,takkan bleh lwn si ryoma ni!dia punya senpai pun kuat2 jugak.waktu main tenis,dia memang tak bleh pisah ngan topi dia.


rozen maiden..ni pasal sorang budak yg bernama sakurada jun,mengalami trauma kat sekolah.dia tak mahu sklh blek.dia skrg ni duduk menghabiskan masa dlm bilik,surf web and order sesuatu barang yg menarik minatnya,untuk memulangkan barang sebelum pembayaran.satu hari,dia terjumpa website yg bagitau dia untuk letak order dia dlm meja belajar dia.jun ingat tu satu gurauan,hanya untuk tahu yg surat dia akan hilang,dia buat jugak.then,dia terima satu kotak penghantaran.dalam kotak tu,ada patung comel dan patung tu hidup selepas jun pusing kunci patung tu.patung tu layan jun mcm servant tapi sedikit sebanyak membantu jun hilangkan rasa takut dia dan jun terlibat dlm satu peperangan hidup dan mati.


i'm sailormoon come from the moon!i represent the moon to punish you!haha..



ni plak cite shuffle!bukan shuffle yg menari-nari tu tau!


ni cite yu-gi-oh!mmg mantap cite dia!


ni code-e.cite dia kisah seorang perempuan yg bernama chinami ebihara yg ada kelebihan istimewa.dia boleh generate electricity kalau emosi dia run high..


code geass:)!


the last one,vampire knight!cite ni complicated skit tapi best.ni pasal vampire.watak utama,yuuki cross hilang ingatan semasa kecil.kuran kaname jumpa dia masa yuuki diserang vampire.kemudian,yuuki diambil sebagai anak angkat oleh headmaster of cross academy,yg membesar dan menjadi pelindung vampire.dia mengawal sklh pada setiap mlm untuk mengelakkan rahsia kuran yg juga vampire,yg mengetuai puak vampire di sekolah elit tu.manusia biasa bersklh pada waktu pagi,vampire plak pelajar kelas mlm dan blajar pada waktu mlm.yuuki berkawal dengan zero,kwnnya sejak kecik dan jugak anak angkat guru besar cross academy yg bencikan vampire.


sorilah banyak sangat ke?kalau krg dah bosan takyah la baca..ni semua list anime yg aku suka tgk..aku mmg minat anime2 ni.gambar anime mana yg paling cantik ha?krg ada tak cite anime yg bleh syorkan kat aku?aku bosan..aku nak cari cite anime yg aku blum tgk.comment la...haa,siapa nak gambar2 kat atas ni,mintak izin aku dulu..mmg la bukan aku punya,tapi korang tak bleh la ambik dari aku camtu je...

Wednesday, April 28, 2010

5 SC LAMDA & 3 RK1 LIVE!!

hari ni aku blek lambat sbb aku ngan farihin gi tgk pertandingan drama sebabak kat sklh.
bila kitaorang masuk,ramai gila org.susah nak cari tempat untuk duduk.tapi nasib menyebelahi kitaorang,akhirnya dapat gak kerusi kat depan!

ini senarai persembahan:)

1.5 sc lamda-konserto terakhir
2.3 rk 1-penunggu pusaka
3.1 rk 1-takde nama persembahan!
4.3 ka-jalan sempit
5.3kaa-titik perjuangan
6.5 sc theta-realiti satu malaysia

sorry naik lori tau!aku tak ingat semuanya.tapi majoriti buat drama penunggu pusaka.
best gila persembahan masa start.tapi makin lama makin bosan.bila dah nak habis,ada kumpulan yg tak cukup masa,ada yg membosankan.

drama yg best-no.1,2,4,5(sila rujuk di atas).tapi bagi aku yg paling best ialah drama konserto terakhir dan penunggu pusaka by 3RK 1.

konserto terakhir best cite dia.tapi ending dia sedih.rugi korang tak tgk.aku malas nak cite pasal konserto ni.krg pikir sendiri.padan muka!

drama penunggu pusaka yg terbaik ialah dari kelas 3 rk 1...
memang best gila..lakonan diorang pun mantap!!setiap kali diorang nak tukar babak,ada sorang abang cina keluar pakai topi bentuk mcm topi koboi warna hitam,jaket hitam and baju putih sambil buat mcm2 stail.lepas tu last skali,sulung,lambak and siti masih berkejar-kejaran.sulung yg tgh kejar lambak and siti terjatuh pastu tongkat dia tercampak.lambak & siti tlg bangunkan dan bagi balik kat sulung.pastu sulung bukan nak ckp terima kasih tapi dia terus kejar pasangan suami isteri tu.

drama yg lain tu bleh tahanlah..itu je yg aku bleh ckp.tapi masa 5 sc theta punya persembahan,pengerusi kelab bi kitaorang hot giler dengan pakaian bergaya dia!!

hari ni aku pecah rekod masa blek paling lambat..aku blek nak dekat pukul lima.
selalunya paling lambat pun blek 4.30 petang.

FIREDRILL!!!

sorry ya!semalam aku tak sempat update..
mama aku merangkap komander perang tlh menguasai komputer aku..
so,aku biarlah dia guna dulu..

aku nak cite ni..semalam ada latihan firedrill atau bahasa bm dia,latihan kecemasan.
mula2 memang ramai tak sedar bunyi loceng,tapi bila dah lama sangat bunyi,barulah kitaorang perasan...
kelam kabut kitaorang nak keluar kelas...

kitaorang kena pergi padang,
masa nak pergi tu ramai gak budak2 nakal mengajuk suara org menjerit kononnya ada kebakaran bebetul..dahlah suara punya sumbang.
kucar-kacir semuanya..

dah sampai kat padang,senior tingkatan 6 kena berdiri bwh panas sambil pegang kertas yg tertulis nama kelas2 kat smkde..
kitaorg kena beratur kat pdg yg panas mcm kat gurun!!
ramai org mengeluh kepanasan,aku pun sama..

aku doa supaya reda skit panasnya..syukur doa aku dimakbulkan.
lega skit..
pada masa yg sama,aku tgh dgr lagu fullmetal alchemist yg terbaru,rain,daybreaks bell(gundam 00) and lagu izayoi namida(cite hakuouki.ni cite baru.best gila cite dia!)

ni lagu gundam 00:)

sebenarnya aku nak letak video lagu opening cite hakuouki ngan fullmetal alchemist brotherhood..tapi nanti-nantilah..aku tak jumpa lagi video dia..kalau dah jumpa aku bagi ye!

oh!lupa nak bagitau..aku baru dapat tahu sobri patah tgn masa main futsal beberapa hari lepas.cian dia..harap cepat sembuh sob!!

masa prep,aku geram betul ngan adam!aku rasa tak selesa dia nak duduk kat tempat malar kat sebelah aku.aku paksa dia pergi tapi dia tanak.masa aku paksa dia,aku tak sengaja terjerit kuat.semua org pandang aku.malu aku!nasib baik cikgu takde.aku cuba control ayu and suruh dia blah cepat2.dia refuse gak.tapi beberapa minit lepas tu,dia blah.lega aku..

Monday, April 26, 2010

PENAT!!GERAM!!SYUKUR!!

aku penat...tapi yang paling penat dan sakit tu tangan aku..
dari pagi tadi aku berusaha separuh mati nak siapkan nota geografi..
cikgu suruh hantar hari ni..aku takut kena denda..
aku menulis tak henti-henti..tak hiraukan langsung tangan aku yang sakit dan hampir nak terseliuh...
asal ada org nak kacau aku je..aku mulalah melenting,mcm manalah aku tak marah,dah la aku tgh bersungguh-sungguh nak siapkan nota yg menentukan hidup dan mati..tiba-tiba kacau plak..

masa geo pun aku gunakan masa yg ada untuk siapkan nota geo..aku terus menulis,menulis dan menulis..tgn aku menggeletar takut.masa tu cikgu tgh cek bebudak lelaki punya kerja..

lima minit sebelum mata pelajaran geo tamat..siap!!aku ucap syukur sebab nota dah siap(tapi sebenarnya ada yang belum siap lagi).tapi pada masa yang sama,cikgu ckp"okey,buku nota budak-budak perempuan cikgu cek hari rabu,tlg siapkan buku kerja.cikgu nak cek rabu ni."

bila aku dengar je cikgu ckp camtu..tiba2 aku rasa nak rebah pengsan..
bukan tu je,tiba-tiba aku rasa tgn aku betul2 sakit dan tak boleh bergerak lagi..
aku rasa mcm nak baling buku kat cikgu..
punyalah nak mati aku siapkan nota,tiba2 gi tangguh rabu plak..sakit hati betul!!!!
syukur,syukurlah jugak sebab masih ada kerja yang belum siap.tapi cikgu patut bagitau awal2 yg cikgu cek nota hari rabu!!takdelah aku buat nota sampai sanggup kebas kaki dan sakit tangan!!!

sejak habis waktu geo..tgn aku tak bleh bergerak langsung..serius!!oh!sakit sungguh tanganku ini!!aku langsung tak bleh guna tgn aku sampailah kat rumah ni.
aku nak taip komputer pun guna tangan sebelah je..slalu aku taip kedua-dua belah tangan.
syukur hari ni takde kerja matematik...

tadi masa prep,kitaorang tampal moto sekolah kat dinding kat blakang class..
azrai org terakhir nak tampal...
bila azrai nak pasang tadi,semua org risau takut azrai terkena bilah kipas yang mengganas tu..
pastu azrai kata kalau dia meninggal,dia akan wasiatkan 5 juta kat kitaorang..
azrai,azrai..
duit kau kat akaun bank pun blum sampai RM10,000..ada hati nak wasiatkan kat kitaorang plak...
bila azrai dah siap tampal,semua org tepuk tgn menandakan berakhirnya majlis
menampal moto sklh..hahahaha!!!

oh ya,aku nak ucap tahniah kat putera sbb menjadi sukarelawan yg pertama buat lisan untuk bm..raziq pun ada buat tadi..tapi dari segi kelancarannya tak berapa bagus..so,dia kena buat lagi..tapi tahniah untuk dia jugak sbb berani nak buat lisan tu...

Sunday, April 25, 2010

Aktiviti hari ni..

hai,minna-san!!cewah..berjapanese plak aku ni.
skrg aku tgh duduk sorang2 kat rumah.
aku bosan..sebab tu la aku buka komputer dan update...
sambil tu aku tengok cite rozen maiden ngan bleach..
masa tgh update post ni,aku dgr lagu fullmetal alchemist brotherhood..
lagu dia best tau..

ni aku nak cite skit..
hari jumaat hari tu budak2 lelaki class 2rk buat projek masak..
diorang masak fast food.
ada yang buat hot dog,french fries,burger...
lepas rehat tu,entah kenapa semua bebudak lelaki jadi active sangat!sekali tgk mcm org sakit mental!

masa pelajaran seni memang bising gila!diorang tak respect cikgu langsung!
masa bi plak taklah bising sangat sbb kitaorang tgk cite phantom of the opera..
pastu haziq k,putera,sob and adam duduk kat blakang class sambil sedap2 makan biskut oreo dan minum susu.
apalagi,aku pun joinlah diorang!!

habis bi,ridhwan dah jadi makin gila..
dia gi ambik air dalam bekas air kat blakang kelas..
dia basahkan rambut dia..
habis tercacak-cacak rambut dia..hahaha!!

pastu aku dengar gosip entah budak mana gi celup tangan kat dalam air tu..
then,ada org lain minum air tu sebelum ridhwan guna nak basahkan rambut dia..bluekkk!!
sapa yg minum air tu..memang sadislah!!

oh ya,satu lagi,aku rasa yana mcm dah tak rapat dgn aku skrg ni,
minggu ni dia asyik naik bas je,dah tak naik kereta aku mcm slalu..
mintak-mintaklah dia tak marah kat aku kalau aku ada buat apa2 salah kat dia..
harap2 dia cuma nak tukar angin je..
yana,kalau kau ada problem dgn aku ataupun benda lain,
ckp jelah kat aku..aku skang ni sunyi..ada farihin pun tak cukup
kalau aku ada buat salah mintak maaf tau..

Saturday, April 24, 2010

Rahsia Maya

ni aku nak cite pasal novel aku nih..
sebenarnya tajuk 'rahsia maya' tu aku tak sure lagi..
aku perlukan masa untuk pikir tajuk novel aku nih,takut tak sesuai..
kalau bleh aku nak tajuk yang bleh memikat orang ramai untuk baca buku aku nih.
watak dalam novel ni banyak tau!korang doa-doakanlah aku dapat buat rupa-rupa watak yang banyak ni..

watak-watak rahsia maya:
watak utama:

1.Nisha Fadli/Maya Karina
2.Syira Hafsham
3.Shahril Jamaluddin
4.Johan Rasyidi
5.Alif Asyraff
6.Liana Johari/Shaza Amalina

The Sassy Girlz

7.Amelia
8.Nadia
9.Waheda
10.Yanie
11.Elyza

Keluaga Nisha

12.Encik Fadli(Papa)
13.Puan Angelina(Mama)
14.Encik Asyraff(Bapa saudara)
15.Puan Nabila(Ibu saudara)
16.Alif Asyraff(Sepupu)

Inspektor & Konstabel

17.Inspektor Jamaluddin
18.Konstabel Maria
19.Konstabel Kim
20.Kostabel Alisha
21.Konstabel Adam
22.Konstabel Aida
23.Konstabel Hariz
24.Inspektor Rizal
25.Penolong Inspektor Linda
26.Inspektor Muzaffar(Singapura)
27.Puan Diana(dia bukan inspektor atau konstabel!dia ni isteri Inspektor Muzaffar)
28.Ketua Konstabel Encik Fazli(Singapura)
29.Pengarah Inspektor Hakimi
30.Inspektor Farish
31.Inspektor Azmir
32.Inspektor Kusyairi

Saingan Nisha

33.Daniel Muzaffar
34.Mas Juliana
35.Faizal
36.Night Faces

FBI/CIA/INTERPOL
FBI(FEDERAL BUREAU OF INVESTIGATION)

37.Miley
38.Robert
39.Alex

CIA(CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY)

40.Serena

INTERPOL(INTERNATIONAL CRIMINAL POLICE ORGANIZATION)

41.Martin

sampai situ jelah aku buat senarai ni.sebenarnya banyak lagi tapi masih ada beberapa nama lagi yang aku kena pikir.so,aku biarkan dululah.nanti aku tambah lagi...

nanti kalau aku dah siap buat novel ni,beli and baca tau.
best tau..ada pasal persatuan pelajar kat sekolah menengah sri impiana,pasal pencuri yang buat silap mata,lepas tu pelajar-pelajar yang sebenarnya adalah artis kumpulan r&b ataupun pop dance mcm kumpulan korea,lagi dengan kes2 yang mencabar!baca tau!!

my profile

sapa yg nak tgk profile aku,tengoklah kat sini...

nama :mira a.k.a bobby(nama penuh tak payah nak tahu!)
umur :(hint:belajar kat sklh menengah lagi...)
t.lahir :tahu2 sendiri la!!
alamat :aku tinggal kat bandar baru slayang...
hobi :dengar music,baca buku,layari internet,tengok cite anime
cita-cita :novelis or detective terkenal!
fav.music :anime music
fav.tv show:anime(detective conan,prince of tennis,gundam 00,bleach,fullmetal,kaichou wa maid sama,b-daman and mcm2 lagilah.
fav.food :mom's cooking,fast food
fav.drink :air kosong je!
fav.book :komik gempakstarz,detective conan,buku pts.one,karnadya and majalah e-pop!
myspace :misz_detective@yahoo.co.uk
facebook :misz_haibara@yahoo.com
blog :http://detectivesherry.blogspot.com/
idola :ain maisarah
impian :nak jadi novelis mcm ain maisarah!
lelaki idaman:mestilah handsome mcm org korea(mcm minho kumpulan shinee ke,mcm ahli suju ke or any korea group),kaya,baik hati,bijak and mempunyai certain interest yang sama dgn aku.(tapi yang penting dia mestilah suka kat aku jugak!!biar serasi bersama!)
status :still single!
moto hidup:there's only one truth!

setakat tu jelah yang aku bleh senaraikan.ada maklumat kat profile aku yg aku tak bagitau..
bukan sombong,tapi ini untuk keselamatan..
maklumlah,jenayah skrg bukan kat dunia nyata je..
kat alam maya pun ada jenayah gak!
so,korang paham-pahamlah sendiri ye!

HAI!!!

helo!!mira a.k.a bobby di sini!
aku baru je buat blog ni.
memandangkan kwn2 aku dah ada blog sendiri,
aku pun nak buat jugak!haha..

skrg ni aku kat umah dgn sepupu..
mak bapak aku dengan sedara aku yang lain dah keluar..
so,kitaorang free nak buat apa-apa je..
kitaorang makan and minum banyak2,
tgk tv,siap mengumpat lagi...

oh ya,aku skrg ni tgh berusaha mencapai cita2 aku,
aku nak jadi novelis!!
doakan aku berjaya tau!

tajuk novel aku tak diapprovekan lagi...
tajuk dlm kepala aku skrg ialah rahsia maya..
novel ni pasal detektif..
kalau bleh aku nak minta jasa krg bagi cadangan untuk tajuk novel aku ni..
manalah tahu tajuk yg korang cadangkan bleh menarik org lain untuk membaca novel aku...

tapi aku akan pastikan novel detektif aku ni bukan calang2 novel,
aku nak buat cite detective setaraf detective conan,
tapi aku rasa cam dah ciplak..
ye la!memang ciplak pun!
mintak2 la aku tak kena saman ngan creator dc,si gosho aoyama tu!